Thursday, June 24, 2010

untuk kau

kau tahu tak aku suka lihat kau yang sedih itu.
sebab setiap kali kau sedih aku punya peluang untuk memujuk kau.
dan setiap kali itulah aku mampu menjadi penyelamat kau,
dari dunia yang keji ini.
tapi kenapa setiap kali kau gembira,
kau buat aku sedih?
setiap kata yang kau keluarkan bila kau didalam dunia suka,
jadi jarum lutsinar yang menusuk-nusuk hatiku.
aku sakit tapi luka itu halimunan.
sebab yang rasa cuma aku bukan kau.
aku juga salah sebab tak pernah cuba memahami perasaan kau.
tapi aku sengaja.
sebab aku masih belum sembuh dari luka lama.
dan aku masih belum mampu mempercayai kau sehebat aku mempercayai dia dulu.
kau tahu kan betapa aku masih tidak bisa melupakan dia.
kau tahu kan?
tapi kenapa kau tak pernah mencuba buat lebih baik dari dia?
walau aku tahu kau pernah mencuba.
tapi aku tak dapat lihat kesanggupan kau yang paling dalam.
itu yang kau katakan cinta?
itu yang kau katakan sayang?
aku minta sedikit saja.
aku cuma mahu percaya.
aku tak perlukan cinta yang terlalu dalam.
kerana bagi aku percaya itulah cinta.
tapi aku mengaku.
untuk mendapatkan percaya itu.
aku minta perkara yang melebihi akal bijak kau.
tak mudah bagi aku memberikan perkara yang mudah pada kau semudahnya.
tak mudah.
dan gelarlah apapun yang kau inginkan.
sebab aku tahu aku memang jalang.
sudahlah.
kalau kau tak mampu dapatkan aku yang seperti ini.
jangan terus mencuba.
sebab aku tak kisah kalau kau yang sakit.
sebab itu memang niatku.
menyakitkan kau sebelum aku tahu bisa tak aku menyayangi sakit itu.
itu memang niatku.
yang aku kisah adalah kalau aku sakit melihat kau sakit.
aku belum sekuat itu.
hentikanlah.
jangan dikejar lagi cinta aku itu.
sebab aku sudah membuat keputusan yang kau tak mampu.
tak mampu mendapatkan percaya dari aku
apa lagi cintaku.

please stop cause im starting to feel weird when im hurting you.
bad weird not good weird.
just go live your life. and i will too.

No comments:

Post a Comment