Tuesday, July 27, 2010

im writing this for someone i do not know

aku menulis disini bukan untuk sesiapa.
tapi aku menulis entri ini untuk kau, yang aku tidak kenal.
disini aku tulis apa yang aku rasa
apa yang aku imagine
apa yang aku ingin
apa yang aku pendam
apa yang aku tak boleh ucap dengan kata-kata
aku tak pernah minta kau baca
aku tak perlukan kau untuk baca
ada yang kata blogger menulis untuk perhatian
maaf, itu bukan aku
aku menulis kerana aku merasakan inilah cara aku meluahkan perasaan
bila tiada siapa pun yang boleh aku percaya
bila tiada siapa pun yang akan faham apa yang aku rasa
aku menulis...
jadi kau tak perlu bersusah payah membaca kalau tidak mahu
tapi jika masih mahu membaca silakan
aku takkan pernah paksa kau datang aku tak pernah halau kau pergi
cuma satu
jangan minta aku jadi diri sendiri
sebab aku memang sedang menjadi diri sendiri
aku tak perlukan engkau untuk sedarkan aku untuk jadi diri sendiri
memang ini aku...
kenapa aku perlu jadi diri sendiri kalau memang aku sedang menjadi aku?
aku bukan seperti kau
aku bukan peramah seperti kau
yang punya ramai teman untuk berkongsi masalah
yang punya ramai soulmate yang boleh kau curahkan isi hati kau
yang punya ramai seseorang to shed your tears
aku bukan seperti itu
dan aku fikir, inilah cara yang paling sesuai untuk aku
jadi boleh tak kau jangan ambil kisah tentang aku
dan jangan judge aku...

yang sebenarnya aku tak perlu jelaskan mengapa
apalagi untuk kau yang aku tidak kenal
tapi...
entahlah...

kita tak pernah berjumpa, tapi kenapa aku seperti terlalu membenci kau?
maaf. i cant help it.

No comments:

Post a Comment