Saturday, July 3, 2010

terus lari

kecewa lagi.
dengan permainan dunia yang selalu tak adil.
seharusnya aku sabar.
ya aku memang sedang sabar.
tapi sebagai manusia biasa aku juga bisa berang. sekali-sekala.
sedih. sekali-sekala.
menangis. sekali-sekala.
aku tidak mahu jadi cengeng terus.
aku tidak mahu jadi perungut terus.
aku tidak mahu.
tapi ternyata apa yang aku tidak mahu itu, adalah apa yang aku lakukan. sentiasa.
ironinya aku tampil tegar depan semua orang.
aku beri anggapan pada mereka aku kuat.
aku memang kuat. tapi sejujurnya aku kuat untuk orang lain.
tapi untuk diri sendiri. aku sehalus kertas tisu. yang rapuh selepas diseka air mata.
kenapa aku terlalu tega menyakitkan hati sendiri?
kenapa aku terlalu tega membohongi diri sendiri?
kenapalah aku begini?
andai saja aku bisa mengabaikan kata-kata mereka.
pasti aku selalu bahagia.
selalu bahagia.
indahkan harapan itu?
selalu bahagia.
hee...
tunggulah
satu hari nanti pasti aku akan selalu gembira.
cuma sekarang aku perlu terus berlari mengejar bahagia itu.
aku pasti bahagia itu pasti.
yang kuperlu cuma percaya.
dan telinga yang tuli untuk terus menempuh padang cemuhan yang dipenuhi lalang-lalang tajam.
tunggu aku di hujung padang itu.
aku akan terus berjuang untuk hidup supaya dapat berjumpa dengan kamu, bahagia.

No comments:

Post a Comment